2017年1月13日星期五

Hak Asasi Orang Kurang Upaya (OKU)

Image result for disabled people
Hak Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan perkara yang telah dibincangkan secara meluas. Mereka merupakan antara kumpulan rentan dalam masyarakat. Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai 2010, dengan reservasi ke atas Artikel 15 dan 18. Malaysia belum lagi menandatangani Protokol Pilihan kepada Konvensyen ini. Walaubagaimanapun, ratifikasi CRPD merupakan satu langkah yang membuktikan kesediaan Malaysia untuk melaksanakan hak asasi yang terkandung dalam CRPD menerusi tindakan.
Aduan dan isu-isu berkaitan OKU terus dibawa kepada perhatian Suruhanjaya. Ini termasuk pendaftaran OKU, sistem pendidikan, akses kepada kemudahan, perkhidmatan dan bangunan awam, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Suruhanjaya sentiasa menyeru Kerajaan memenuhi obligasinya di bawah CRPD dengan memastikan agar OKU dapat menikmati hak asasi mereka kepada kehidupan, tidak diskriminasi, hak sama rata, akses kepada keadilan serta penyertaan dalam arena politik. OKU berhak untuk menikmati hak sivil, politik, sosial, ekonomi serta kebudayaan mereka secara sama rata dengan orang lain.
Suruhanjaya kini sedang mengkaji isu-isu berkaitan hak kepada pendidikan bagi Kanak-kanak dengan Masalah Pembelajaran (CWLD) menerusi penganjuran aktiviti untuk mengumpul maklumat dan mengenal pasti isu-isu berkenaan CWLD. Ini termasuk lawatan lapang ke sekolah-sekolah yang mempunyai program integrasi dan sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran CWLD; forum awam berkaitan hak kepada pelajaran bagi CWLD; dan bengkel latihan untuk guru.
Suruhanjaya juga telah menganjurkan satu siri bengkel mengenai Hak Asasi Manusia bagi Guru Pendidikan Khas yang mengajar SES (Masalah Penglihatan dan Pendengaran) dan SEIP (Masalah Pembelajaran) berdasarkan kawasan di Semenanjung Malaysia. Bengkel tersebut membekalkan mereka dengan maklumat mengenai hak kanak-kanak dan mengenalpasti keperluan pendidikan yang berkaitan.

Pada pandangan saya, hak asasi orang kurang upaya mesti diutamakan dalam negara. Peluang pendidikan , peluang pekerjaan dan banyak lagi peluang harus diberikan kepada orang kurang upaya juga. Mereka mempunyai hak untuk mendapatkan kehidupan yang seperti orang ramai. Mereka tidak patut dipandang rendah oleh orang lain. Tambahan pula, pelbagai kemudahan harus disediakan kepada golongan kurang upaya untuk memudahkan aktiviti-aktiviti kehidupan harian mereka. 

1 条评论:

  1. Memang tidak boleh dinafikan hak asasi orang kurang upaya sangat penting dan kita sering mengabaikan perkara ini. Pada pendapat saya, mereka sepatutnya dilayan sama seperti manusia biasa kerana mereka juga merupakan insan ciptaan Tuhan. Jika kita menghormati dan sentiasa bertimbang rasa terhadap mereka, maka hak mereka lebih senang dijaga dan jarang mempunyai isu yang sukar ditangani. Kita juga boleh berfikir dari persepsi mereka/ membayangkan apa yang akan saya rasa jika saya merupakan orang kurang upaya. jika semua orang boleh berfikir sebegini, saya percaya hak mereka tidak akan dieksploitasi.

    Comment by: Ang Lee Chin A160789

    回复删除